teduhan rindu

...menumpang teduh, melepas rindu...

Wednesday, November 3, 2010

Ragam Manusia - Usia.

Tahun 2010. Penulis telah meninggalkan usia belasan, menginjak ke usia yang sesetengah manusia fikir sebagai alam dewasa. Penulis terdetik hati, dengan usia sebegini, sesuatu perlu dilakukan, menjadi dewasa. Cukuplah belajar secara teori. Kini tiba masa menjadi dewasa secara praktikal. Punya tanggungjawab, berfikir dan merancang masa depan, serta berhenti berfoya-foya berlebihan seperti anak muda remaja. Memikirkan usia kita pada masa kini,sebagai pemuda. Cuba bandingkan dengan beberapa pemuda lain pada zaman Rasulullah. Apa pencapaian mereka. Tahap mereka. Kita masih lagi jauh. Ada yang belum memulakan langkah lagi.

Malu.

Ya, bila difikirkan, amat memalukan diri sendiri. Pada usia sama seperti mereka, pemuda masa kini masih lagi lemah, masih mencari, malah lebih teruk masih tidak mengerti.

Pemuda. Kita adalah golongan penggerak. Dahulu, pemuda-pemudi di universiti digeruni kerajaan. Istilah yang tepat adalah mahasiswa-mahasiswi. Suara golongan ini didengari. Malah, menjadi sasaran sebagai agen menyebarkan ideologi-ideologi. Kuasa mereka digeruni. Masyarakat memandang tinggi. Kini tidak lagi. Mahasiswa-mahasiswi tidak ubah seperti robot; belajar, lulus, bekerja. Melalui kitaran yang sama. Tiada perubahan ke arah kemajuan. Undang-undang jumud ciptaan manusia, serta peluru-peluru senjata pemikiran daripada musuh Islam merosakkan golongan harapan kita. Mengekang kita.

Merosakkan. Bukan memusnahkan.

Merosakkan lebih parah kerana kita sangka ia masih elok, sedangkan dalam diam virus penyakit disebarkan. Menjadi bom jangka yang pasti meledak dan mengorbankan lebih ramai mangsa.

Ini situasi sekarang. Zaman millennium, tanpa sempadan. Pemuda hilang arah dan leka.

Di mana usia kita digunakan?

Soalan ini pasti akan ditanya. Mahu jawab apa?

    Main 'game'. Baca komik. Tengok wayang. Bercinta dan kecewa. Belajar. Cari kerja. Berpersatuan. Berdakwah. Mencari Illahi.

...

Jawab. Kita jawab dan simpan jawapan sendiri. Itu pilihan peribadi. Penulis tidak melarang anda untuk tidak melakukan semua itu. Kita manusia biasa.

Cuma, berpada-padalah. Peringatan buat diri sendiri dan semua. Kita di awal usia dewasa, perlu bijak merancang.

    "Orang yang gagal merancang, bermakna merancang untuk gagal."

Itu adalah sebuah pepatah yang ramai pernah dengar. Berapa ramai menghayatinya, Allah lebih tahu.

Usia tidak akan menunggu kita atau berpatah balik. Bahkan kita yang perlu mengejar masa dan usia. Kadang kala terdetik juga di hati, betapa usia mementingkan diri sendiri. Rumit bunyinya. Usia tidak pernah mempedulikan kita andai kita leka dan terus asyik dengan mainan fantasi buatan sendiri. Kita sendiri perlu bangkit dari mimpi, meski kita mengatakan kita tidak tidur, sebenarnya kita masih bermimpi andai kita masih berada di kepompong sendiri, tanpa memikirkan sedikitpun masalah umat, masa depan sendiri dan polemik di bumi sendiri.

Penulisan kali ini, cuma cetusan rasa yang terdetik saat berada di khalayak awam. Memandang manusia lain. Meneliti umur. Menduga masa silam. Meneka amalan. Berimaginasi tentang diri sendiri. Mengembara ke masa hadapan. Bagaimana diri ini sepuluh tahun akan datang. Dua puluh tahun. Tiga puluh tahun. Dan seterusnya. Apa mungkin ada sesalan? Sekadar berpuas hati? Atau boleh tersenyum sendiri saat Izrail menjemput?

Semuanya bertitik tolak di sini. Akhir usia remaja. Awal dewasa. Lakukan berubah. Kita perlu menghadapinya.

Kata orang putih, " By hook or by crook, we must face the change. Because the only thing that never change in this world is change".

            Perkara yang tidak pernah berubah dalam dunia ini adalah perubahan.

Kita, manusia. Golongan muda sebagai agen perubahan. Kita mampu mengubah masyarakat, andai kita mahu berubah ke arah yang lebih baik. Siapa yang tidak mahu dunia yang lebih baik untuk didiami.

Gunakan usia sebaiknya. Jangan dihiasi dengan perkara sia-sia. Juga terus leka dengan buaian fantasi ciptaan imaginasi sendiri. Semua ini peringatan buat diri sendiri dan semua, khususnya pemuda.

Moga kita diredhai Allah.

    

3 comments:

pemuda zaman dulu hidup dalam dakwah n tarbiah..
pemuda zaman skg??? sume org tau suasana skg...

bila usia bertambah, maknanya makin pendeklah usia...betul kan??

moga kita xtmasuk golongan yg leka

nway, ana suka entry ni...teruskan mengisi entry dgn perkara yg bermanfaat...bole la ana cedok ckit idea..hihi...

wallahualam~
 
bila mana kita sudah paham akan erti sebenar hidup kita sbagai hamba dan khalifah..
bila mana kita benar2 menyedari akan suasana masyarakat skrg yg sgt2 memerlukan pembimbing..
bila mana kita mengetahui, hakikat keperluan kita sebagai agen perubahan..

so, kita perlu gunakan masa muda(bhs lg best..wakafkan masa muda) ini dijalan Allah..
kita x boleh lg bermalas-malasan..berlengah2han..
kerna jahiliyah yg terancang sentiasa mendahului...

aturkan masa kita sebaiknya,spy:
1. masa yg x byk nie, dpt kita manfaatkan sebaiknya utk mnjd agen perubahan,esp in negara tercinta ini..
2. spy kita x buat kerja yg memenatkn tp x dpt hasil yg baik,sbb x teratur urusan..kita xda byk masa~~
so, seriusly kne bijak atur masa,kurangkan bende2 yg x sptutnya..(peringatan utk ana esp.)

kita mahu jd sehebat para sahabat atau seteruk mereka2 yg tiada arah tujuan?we make the choice!

maaf, pnjg pula..
post kali ni mengajak utk berfikir..bagus..keep up writing~
 
wardah jannah: terima kasih kerana membaca dan tinggalkan komen. saya hargainya. kalau nak ambil apa-apa dari blog ini, silakan. saya juga banyak menceduk dari bahan lain. saya juga harap teguran berkenaan entry saya.


uhibbunurilahi: terima kasih ya. wakafkan masa muda? bagus, saya suka term itu. terima kasih juga atas komen dan saya setuju dengan perkara itu.kalau ada teguran, terus saja ditegur ya,
 

Post a Comment