teduhan rindu

...menumpang teduh, melepas rindu...

Sunday, October 10, 2010

Bebaskan Palestin, boikot Yahudi laknatullah!!!



“ Bagi aku, boikot ni sesuatu yang tak adil.” 
          Kata seorang kawan semasa kami berbual-bual tentang boikot dan pendirian masing-masing tentang isu ini. Bila bercerita tentang boikot, penulis teringat, perkara pertama yang diboikot suatu masa dahulu adalah kafe semasa di sekolah.  Pelajar senior merancang dan meminta kami memboikot kafe tersebut sebagai tindakan  untuk memberi pengajaran kepada pihak kafe yang tidak mengambil berat soal kebersihan, padahal dalam sektor penyediaan makanan , kebersihan adalah antara prioriti utama. Hasil daripada tindakan kami, iaitu semua pelajar memboikot kafe tersebut selama satu hari, berjaya membuka mata pihak kafe tersebut untuk lebih menjaga soal kebersihan. Walaubagaimanapun, pihak yang merancang boikot tersebut, iaitu sekumpulan pelajar senior telah diberi amaran oleh pihak pengurusan sekolah selepas peristiwa itu. Begitulah ceritanya berakhir...
Apa motif cerita ni?
Daripada pengalaman memboikot ini, secara umumnya penulis berpendapat, teknik memboikot ini merupakan antara langkah yang efektif bagi memberi pengajaran kepada sesebuah organisasi. Tetapi, untuk merealisasikan tujuan boikot tersebut, beberapa factor perlu diambil kira;
  •  Sokongan daripada semua lapisan individu.
  •  Jangka masa boikot.
  •  Kesan yang dijangkakan daripada pemboikotan tersebut.
         Dalam konteks catatan yang dibincangkan ini, berkaitan memboikot produk Yahudi laknatullah, masyarakat kita diseru supaya memboikot secara terpilih produk Yahudi laknatullah dan mereka yang bersekongkol memerangi Islam.  Tujuan saranan untuk memboikot secara terpilih produk Yahudi laknatullah dan mereka yang bersekongkol memerangi Islam adalah untuk melumpuhkan ekonomi mereka, walau kita sedia maklum, Yahudi dan kroni-kroninya merupakan antara kuasa besar yang menguasai ekonomi dunia. Tetapi, kita perlu ingat bahawa Allah melihat pada USAHA kita, bukan hasilnya. Yang penting kita berusaha, seperti kata seorang aktivis, setitis air tidak dapat memberi kesan kepada air laut, tetapi tanpa setitis air, air laut tidak akan wujud. Betapa di sini ingin ditekankan bahawa peranan setiap individu. Ya, peranan masyarakat kita bermula dengan setiap individu yang bertanggungjawab dan peka dengan permasalahan ummah!
          Berbalik semula tentang langkah boikot yang telah disarankan, tindakan ini, pada awalnya mendapat sambutan yang amat memberansangkan, apabila banyak risalah-risalah disebarkan bagi tujuan penyampaian maklumat. Setiap kenderaan di jalanan menampal pelekat memboikot barangan Yahudi dan sekutunya. Malang sekali, semakin lama, masyarakat seakan-akan tidak merasa apa-apa. Ramai yang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk terus memboikot barangan tersebut. Mereka tidak sanggup untuk terus memboikot dan memberi alasan. Kesannya, industri Yahudi dan sekutunya tidak terjejas, malahan mendapat publisiti percuma.
         Saat catatan ini ditulis, masyarakat kita masih hanyut, dan tak mampu untuk memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutunya. Adakah kita masih lemah? Masing-masing punya jawapan sendiri.
Menyentuh isu boikot, tindakan ini pasti akan berjaya, sekiranya setiap individu Muslim khususnya, memainkan peranan, teguh dalam prinsip; memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutunya selagi terdaya, sanggup berkorban sedikit jika tiada alternatif lain, dan sanggup memboikot sehingga memberi kesan, bukan sekadar bermusim.

          Justeru, marilah kita sama-sama bangkit, memboikot selagi termampu, berhenti mencari dan memberi alasan, teguh dalam berprinsip!

Ayuh saudara-saudaraku!
Bangkitlah!
Bangkitlah!
Bangkitlah!

2 comments:

bukan senang nak ajak org buat baik...kalau atas kertas, mcm2 kaedah kita boleh tulis...tp iru teori..praktikalnya?? xbuat, xtau...

bila kita ajak boikot brg yahudi...ada la sesetengah hamba Allah ni akn ckp, "ala, takat aku sorg yg beli, xd effect apa2 pon pd ekonomi yahudi"...mslhnya, bukan dia sorg yg pikir g2...ramai...

aduhai~
 
wardah jannah: betul, ramai yg akan cakap kalau setakat seorang, yahudi tak effect...macam orang selalu cakap, air setitik takkan mengubah lautan, tapi kita lupa, tanpa setitik air, lautan takkan wujud.kita juga tak sedar, perjalanan yang beribu batu bermula dari selangkah. realitinya, macam yang enti cakap la...
 

Post a Comment