teduhan rindu

...menumpang teduh, melepas rindu...

Monday, December 6, 2010

Ragam Manusia - Nama

"Nama saya Abdullah bin Radhi, berasal dari Melaka dan sekarang menetap di Bukit Cina. Bekerja sebagai …"
Begitu yang selalu dan menjadi kebiasaan. Manusia akan menyebut nama, asal dan beberapa perkara asas tentang diri sendiri apabila diminta memperkenalkan diri. Nama, akan menjadi perkara pertama yang disebut. Di situ kita dapat lihat seberapa pentingnya nama. Sama halnya jika bayi yang baru dilahirkan, nama yang perlu diberikan kepada bayi menjadi prioriti yang utama. Bukan soal pendidikan dan perancangan masa depannya. Itu serba sedikit. 


Nama sebenar @ nama timangan?


Realiti masyarakat kita, jarang menggunakan nama penuh seseorang dalam kehidupan seharian. Kebanyakannya lebih selesa menggunakan nama timangan dan jika ada pun yang menggunakan nama penuh, mungkin kerana nama penuhnya begitu ringkas seperti Mus bin Leman, jadi dipanggil Mus. Ada juga nama yang sedia ringkas, diringkaskan seringkas ringkasnya. Contohnya jika nama Khir, diringkaskan dengan panggilan K.

Dalam kehidupan kita, terlalu banyak dan pelbagai nama timangan yang digunapakai. Ada yang punya makna yang baik, tiada makna dan tak kurang juga yang punya makna buruk. Seeloknya, nama panggilan perlulah mempunyai makna yang elok. 


Jika di kampung-kampung, nama gelaran diberi bertujuan supaya mudah untuk dikenali. Sebagai contoh, jika terdapat beberapa orang yang dikenali dengan nama Mat (masyarakat dahulu agak cenderung kepada nama Mat). Hakikatnya, nama penuh masing-masing mungkin berbeza, ada yang bernama Muhammad, ada yang bernama Rahmat atau Samad, tetapi telah menjadi kebiasaan dipanggil dengan nama Mat. Untuk mudah membezakan mereka, setiap Mat diberi gelaran mengikut kriteria masing-masing. Contohnya, jika Mat tersebut mempunyai kedai kain, akan dikenali sebagai Mat Kain. Jika beliau seorang yang suka bercakap atau berbual, mungkin dikenali sebagai Mat Borak. Jika rumah Mat berada berdekatan paya, mungkin dikenali sebagai Mat Paya atau barangkali jika rumahnya bersebelahan tanah perkuburan, tidak mustahil masyarakat akan mengenalinya dengan nama Mat Kubur. Perkara ini adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan kita, dan buktinya adalah filem-filem Mat Sentul sendiri.


Itu sedikit kisah nama panggilan di kampung. Banyak lagi kisah berkenaan nama yang boleh ditulis dan dibincangkan, tetapi tidak sanggup untuk ditulis dan beberapa faktor lain yang membataskan(alasan…) .


Seeloknya, dan sebaik-baiknya seseorang itu dipanggil dengan nama yang baik.


Teka-teki : Apakah perkara yang merupakan milik kita, tetapi selalu digunakan orang lain?

Jawapan: Nama kita sendiri.

Ulasan jawapan: Walaupun kita pemilik kepada nama kita, tetapi orang lain selalu menggunakannya dengan menyebut nama kita. Jarang sekali kita menyebut nama sendiri, jika ada pun tidaklah sekerap orang lain menyebutnya. 
 

Moga kita diredhai Allah.

Saturday, December 4, 2010

Ujian. Episod 3

Alhamdulillah…ini sambungan daripada catatan terdahulu, Ujian.Episod 2 yang dijanjikan dengan sebuah cerita. Ceritanya pendek dan ringkas sahaja. Tiada bunga-bunga serta kiasan yang dihiasi lenggok bahasa persis novel cinta. Cerita tentang seekor monyet.


Diceritakan tersebutlah kisah…


Ada seekor monyet yang memanjat pokok kelapa dan kini berada di puncaknya. Si monyet lalu berpautlah pada pokok kelapa. Berada di puncak, tak seindah yang disangka. Monyet tersebut telah diduga oleh tiga jenis angin kencang. Bukan, angin yang amat sangat kencang. Tetapi, bila angin yang amat sangat kencang itu menyerang, pautan si monyet semakin kuat dan tetap. Akhirnya, si monyet tersebut tidak jatuh bahkan semakin kuat memaut pada pokok kelapa tersebut. Si monyet berjaya.


Kemudian, hendak dijadikan cerita…


Datanglah sejenis angin yang menghembus sepoi-sepoi bahasa, bayunya begitu lembut menyentuh ubun-ubun si monyet. Asyik. Si monyet mula asyik melayan hembusan bayu sehingga matanya semakin lama semakin kuyu, dan perlahan-lahan tangan yang memaut kuat pokok kelapa mula dilepaskan. Seraya itu juga, monyet tadi terus jatuh menyembah bumi dan… 
penulis tinggalkan pengakhiran supaya masing-masing dapat menentukannya sendiri.



-TAMMAT-

Begitu kisahnya si monyet. Pengajarannya ialah, jangan jadi monyet. Yang kedua, kita bandingkan dengan hidup kita. Atau jika mahu, bandingkan dengan hidup orang lain. Selalu, bila diuji dengan kesempitan, kesusahan dan kesedihan, kita menjadi lebih kuat dan semakin dekat dengan Tuhan. Dengan Allah. Kita yakin semuanya datang dari-Nya.


Tetapi,


Bila diuji dengan nikmat kesenangan yang tak seberapa, kita semakin lupa pada-Nya. Hanyut. Bila harta bertambah, semakin tamak dan kedekut. Bila punya pangkat dan nama, merasa semakin sibuk sehingga tiada masa mengingati-Nya. Dan begitulah seterusnya. Sekejap saja diberi nikmat kesenangan sudah lupa semuanya juga datang daripada-Nya. Semakin jauh kerana lupa bahawa nikmat kesenangan juga adalah ujian.


Wahai diri, janganlah menjadi seperti si monyet yang begitu teguh melawan taufan tetapi mudah sekali dikalahkan oleh sang bayu. Begitu mudah untuk melupakan-Nya. Nauzubillah.


Sekian, terima kasih.
Moga kita diredhai Allah.

Sumber: Sang Murabbi

Thursday, December 2, 2010

Angan-angan Karangan - (cerita aku)

Catatan ini bukanlah sambungan daripada Ujian.Episod 2. Tidak sama sekali. Cuma selingan, aku mahu lepas gian menulis karangan.

Catatan ini aku coretkan daripada gugusan nostalgia yang semakin aku lupakan, apatah lagi insan lain. Tentang sebahagian hidup aku, sedikit cebisan daripada berjuta kisah sepanjang kedewasaan aku.

Sebentar tadi, aku teringat akan guru-guru aku, secara tepatnya guru-guru subjek Bahasa Melayu yang aku dan pastinya hampir semua pelajar panggil 'cikgu'. Nama panggilan yang cukup keramat, terus menjadi sebutan hingga di akhir hayat. Entah macam mana, tiba-tiba ingatanku menerjah mengingati cikgu-cikgu ini masa aku menjawab peperiksaan tadi dan subjek berkenaan langsung tiada kaitan dengan Bahasa Melayu, bahkan soalan pun dalam Bahasa Inggeris. Aku terkenang betapa barisan cikgu-cikgu Bahasa Melayu(BM) yang pernah mengajar aku, sempoi-sempoi belaka. Pelik, macam suatu kebetulan atau mereka memang dipatenkan begitu? Wallahu a'lam...

Oleh sebab cikgu BM ni sempoi belaka, aku rasa lebih berminat dan mudah untuk belajar Bahasa Melayu. Antara topik yang aku minat semestinya penulisan karangan dan semasa di sekolah menengah, minatku bertambah pada sastera. Pada aku, penulisan karangan memberi ruang untuk aku bermain dengan bunga bahasa, menulis dengan ayat-ayat super duper extravaganza yang aku ambil dan guna semula daripada mana-mana akhbar atau buku, serta meluahkan segala pandangan.

Aku masih ingat, saat menulis karangan berkenaan masalah sosial dalam kalangan remaja, aku terasa seperti seorang pakar motivasi bersama hujah-hujah dan penyelesaian yang mantap padahal dalam masa yang sama aku mungkin salah seorang remaja yang bermasalah seperti aku sendiri tulis dalam karangan. Ya, aku mampu jadi siapa sahaja yang aku mahu, saat menulis karangan berbentuk wawancara, aku terasa seperti seorang wartawan, kala menulis karangan berbentuk syarahan, aku terasa seperti seorang pemidato yang begitu gah melontar segala macam idea, walau apa yang ditulis sekadar standard karangan budak sekolah yang tak matang. Tak mengapa, yang penting perasaan di saat itu. Puas dan bangga.

Antara memori yang masih segar dan aku terkenang selalu, ketika aku masih bersekolah rendah. Aku masih ingat, ketika itu aku berada di Darjah 2, dan cikgu BM yang mengajar pada masa itu merupakan antara kenalan rapat ayah aku, memberi kami tugasan, karangan yang berkaitan alam sekitar. Tajuknya, aku lupa. Apa yang aku ingat, semasa aku meniarap di depan televisyen menyiapkan kerja sekolah, ada suatu iklan berkaitan alam sekitar terpacul keluar dan aku terus mendapat idea menulis karangan tersebut. Laju. Begitu laju penaku menari mengejar segala idea yang dilontar minda. Opps, aku guna pensil masa sekolah rendah. Bukan pena.

Di sekolah, cikgu BM meminta kami menghantar karangan masing-masing ke meja guru di depan kelas dan karangan kami ditanda satu-persatu di depan pemiliknya. Ketika cikgu menanda karangan aku, beliau menyoal, " Siapa yang buat ni?"

Aku yang dah cuak dengan muka tersengih-sengih menjawab " Saya lah."

Cikgu tersebut masih sangsi dan tak berpuas hati, kemudian diugut mahu menelefon ayahku. Aku terus berkata, " Telefonlah..." dan beliau terus telefon bertanyakan hal penulisan karangan ku, adakah dibantu oleh abang atau kakakku.

Kata ayahku, ....err...aku tak tahu bahagian ni.

Tapi yang aku agak, cikgu beritahu ayah aku, karangan aku bagus, tak macam budak darjah 2. HAHAHAHAHAHA! Bagi peluang aku gelak dengan bangga ya, sekali sekala. Balik rumah, aku dipuji oleh mak dan ayahku. Pujian melambung. Biasalah, puji anak kecil kena melambung-lambung, baru dia semangat walau pencapaiannya tidak sebesar mana dan aku masih lagi terpengaruh pada pujian melambung atas kejayaan yang tak seberapa itu. Cerita tentang pencapaian tak seberapa, aku bangga-banggakan di sini. Telur sebiji, riuh sekampung. Entah-entah telur tembelang, siapa tahu?

Itu baru cerita bahagian karangan, belum disentuh lagi komponen sastera(Komsas), subjek matematik, sains, sejarah dan sekutunya. Boleh berhenti belajar aku, kalau mahu dicerita satu persatu.

Eh, kejap. Ada orang minta kau bercerita ke?

Tak ada.

Habis ? Berhentilah bermimpi oi!



Moga kita diredhai Allah.

Wednesday, December 1, 2010

Ujian. Episod 2

Alhamdulillah... seperti yang diharapkan, dapat disambung ke episod 2. Ujian. Kaitannya dengan lagu Kehidupan oleh In-team dan Nazrey Raihan.


Kita lihat pada bait-bait lagu tersebut, pada stanza yang pertama, didendangkan dengan maksud bahawa masa senang itu hanya sementara, begitu juga dengan perihal masa susah seperti malam berganti siang, atau seperti yang selalu diperkatakan oleh ramai orang, hidup ibarat roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Di selitkan juga pesanan supaya tidak terleka ketika senang.

Seterusnya stanza kedua, hanya pesanan yang diselitkan, supaya kita menggunakan segala kesempatan sebelum terlambat dan sedikit gertakan andai kita tidak mengambil peluang yang ada, pasti menyesal.

Di stanza ketiga baitnya seakan memujuk, kepada yang sedang melalui masa susah supaya tidak berputus harap.


Akhir sekali di stanza keempat, diperingatkan bahawa ujian adalah tarbiyah dari Allah dan dikonklusikan dengan bait " ...semuanya adalah nikmat dari Tuhan."
 

Ujian adalah tarbiyah dari Allah.
 

Bila sebut ujian, akal pendek manusia akan menduga dan terbayang akan kesusahan yang dialami, musibah, nasib malang, kematian, kemiskinan, kelaparan dan beberapa perkara yang menyedihkan dan seangkatan dengannya. Dan manusia yang dikatakan diberi ujian itu akan didorong oleh kata-kata semangat oleh orang terdekat supaya hidup diteruskan, meski penuh dengan tangisan, kita perlu tabah dan pastinya pertolongan Tuhan dekat. Betul. Allah itu sentiasa dekat dengan hamba-Nya. Justeru, banyakkan berdoa kepada Dia, tempat bergantung harap. Akhirnya, manusia yang dikatakan diuji berjaya meneruskan hidup, bahkan bertambah imannya. Alhamdulillah.


Begitu cerita ujian yang biasa menjadi dendangan umum. Menjadi satu dogma masyarakat.
Bila sebut ujian, ditimpa ujian, mesti menangis, sedih, susah hati. Bila susah, baru nak cari Tuhan sebabnya hanya Tuhan yang paling setia menumpang harap. Betul, tak dinafikan bahawa ujian selalunya begitu dan baguslah jika kembali mencari Allah saat dalam kesusahan. Sekurang-kurangnya tidak menyalahkan takdir dan berpaling dari-Nya.


Tetapi, kita sering lupa atau terlepas pandang barangkali perihal masa senang juga adalah ujian buat hambanya-Nya. Harta, masa lapang, anak-anak, pangkat dan nama, dan segala macam kesenangan duniawi juga merupakan ujian kepada kita. Ingat, kita akan selalu diuji, bergantung pada tahap iman masing-masing. Ada satu cerita, ...


                                                                                                  bersambung...

Tuesday, November 30, 2010

Ujian. Episod 1

Kehidupan oleh Inteam ft Nazrey Raihan

Kesenangan yang datang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..


Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa guna sesalan hanya menekan jiwa..


Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..


Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Lagu ini mempunyai makna yang mendalam, berkisarkan ujian daripada Allah S.W.T. dan pastinya berkaitan kehidupan persis tajuknya. Lebih lanjut, insya Allah kita akan kongsikan nanti supaya wujud unsur suspen di sini.

                                                                      bersambung... 

Monday, November 29, 2010

Masa Menyesal

Masa. Setiap kita ditetapkan dengan 24 jam sehari, itulah peraturan dunia bagi seluruh umat manusia, walau berbeza tempoh siang dan malam. Masa sangat penting, masakan tidak Tuhan juga menyebut perihal masa di dalam Quran. Perihal masa diumpamakan dengan perumpamaan masa itu emas, menggambarkan betapa berharganya masa kepada manusia. Tidak kurang juga yang menganggap masa sebagai pedang, menggambarkan masa itu sangat berbahaya, tajam tindakannya dan kita perlu berjaga-jaga menguruskan masa. Namun, jika dilihat secara kasar, ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan masa. Juga punya krisis dengan masa. Masalah pengurusan dan kadang kala terlepas pandang kebajikan masa. Ayat mudahnya: tak pandai bahagi masa.

Apa masalahnya? Hidup aku, suka hatilah macam mana nak urus.

Ya, tapi manusia itu makhluk yang hidup secara kelompok. Memerlukan hubungan dengan manusia lain. Hidup kita saling memerlukan. Kita punya urusan terhadap masing-masing. Juga tanggungjawab antara manusia. Kaitannya, jika kita tidak menghargai masa, tidak menguruskan masa dengan bijak, menggunakan masa sewenang-wenangnya, kita akan mempengaruhi hidup orang lain. Contohnya, bila berjanji untuk berjumpa, masa yang tak ditepati sebenarnya akan menyebabkan masa orang lain terjejas. Hah, masih nak berbuat sesuka hati lagi?

Kisah manusia yang menyesal.

Ceritanya timbul semasa universiti-universiti di Malaysia dilanda demam peperiksaan baru-baru ini. Ada seorang manusia yang masih tidak sedar diri, leka dengan hidup di kampus yang bebas, tanpa disiplin ketat seperti zaman di bangku sekolah. Saat teman-teman lain menelaah, manusia ini terus leka, sehinggalah tiba malam peperiksaan, baru tersedar yang masih banyak pelajaran perlu difahami. Malam peperiksaan, baru tersedar. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, padan muka! Maaf, menderhaka peribahasa nenek moyang.

Malam itu, manusia yang baru tersedar ini mula menyesal,termenung dan 'ter' muhasabah diri. Yalah, focus memang hilang bila keadaan sangat menyempitkan. Manusia ini teringat saat-saat sebelum ini. Dia selalu lambat ke kuliah, kerja diselesaikan di akhir waktu, banyak bertangguhan. Saat itu juga, manusia itu terasa seperti seorang yang banyak berdosa di waktu menunggu kematian. Menyesal teramat sangat. Ya. Begitu keadaannya.

Bila difikirkan, kita sebagai manusia selalu leka saat tubuh masih sihat di dunia, punya kelapangan waktu yang banyak, punya harta yang cukup dan sebagainya. Jarang terfikir untuk mengutip dan menyediakan bekalan untuk kehidupan akhirat. Di saat kematian, barulah menyesal. Saat semuanya sudah terlambat. Sangat terlambat sehingga diibaratkan nasi sudah menjadi bubur, dan bubur pula tertumpah ke tanah.

Habis, nak buat apa?

Jika kita sekarang ini masih hidup, belum terlambat. Sudah tiba masa untuk ubah posisi dan rancang strategi. Urus masa, ubah sikap dan bersedia untuk melakukan perubahan.

Perubahan? Kita perlu lakukan sendiri. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Mungkin boleh mula berdampingan dengan alim ulama dan berjinak-jinak dengan ilmu agama.

Moga kita diredhai Allah.


 

8 Langkah Supaya Allah SWT Mencintai Kita

Lebih lanjut, sila klik di sini. Juga terdapat banyak artikel-artikel yang menarik.

Monday, November 22, 2010

aku dalam ramai

Melihat manusia-manusia itu,

Aku terpukul sendiri,

Mengenang usia sendiri,

Menduga usia mereka,

Masa tetap berlalu,

Apa bisa aku hidup lebih lama,

Atau mereka.

Semua kuasa Tuhan.


 

Al-Fatihah buat temanku, Muhammad Azizi bin Ahmad (1990-2010).

Wednesday, November 10, 2010

Alkisah Cheritera Ekspress Kuala Terengganu-Kuantan-Kuala Lumpur

Satu perjalanan di hujung tahun. Saat Terengganu di ambang tengkujuh, penulis melarikan diri daripada kehidupan tanpa mentari di negeri warisan keropok lekor . Saban hari, angin menderu dan sejuk menyucuk-nyucuk sampai ke tulang hitam. Hujan sepanjang hari memaksa sesetengah manusia memilih untuk terus berada di asrama, tanpa perancangan dan pengurusan kepada diri sendiri. Begitu lumrah di kampus. Tambahan pula musim cuti, dan peperiksaan akhir semester menjelang, menjadikan hari-hari di kampus begitu tenang tanpa kuliah dan tugasan. Bagi yang tidak pulang ke kampung, bermain 'games', menonton filem dan tidur sepuas-puasnya menjadi agenda setiap hari. Itu kehidupan di kampus, majoritinya.

Bagi sesetengah masyarakat di Terengganu, musim tengkujuh menandakan hampirnya acara kemuncak tahunan; Monsoon Cup. Acara gilang gemilang ini mengundang pelayar dari seantero dunia untuk beradu kemahiran pelayaran, sekaligus menjadi perhatian media dan membuka periuk nasi kepada warga setempat. Namun, ada juga suara-suara yang kecewa dengan temasya ini. Kebanjiran masyarakat luar walaupun bermusim, nampaknya mempengaruhi anak watan dengan budaya luar yang bercanggahan dengan budaya timur dan tentu sekali agama Islam. Penulis pernah mendengar cerita, tentang minuman keras turut sama dibawa masuk temasya ini. Botol-botol arak dikatakan bersepah-sepah menyakitkan pandangan mata. Ini apa yang penulis dengar. Sejauh mana kebenaran, anda menilai. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Penulis sendiri, kurang pasti akan kesahihan cerita itu dan secara peribadi belum pernah menonton temasya ini secara langsung kerana sering bercuti semasa temasya di kemuncak. Jadi, berada di luar Terengganu. Penulis sekadar menonton di televisyen, itupun secara tidak sengaja. Bunyinya agak keji, secara tidak sengaja menonton televisyen. Maaf ya, tapi itu kisah benar tentang penulis.

Demikian cerita tentang Monsoon Cup...

Tidak mahu mencetuskan sebarang isu, kerana penulis sendiri tidak punya fakta yang lengkap dan tuduhan melulu itu bukanlah tindakan orang yang bijak. Perjalanan kali ini, membuka ruang kepada penulis untuk mencoret sesuatu, kerana dalam perjalanan dari Kuala Terengganu-Kuantan-Kuala Lumpur ini, bas yang dinaiki rosak dan para penumpang terpaksa menunggu beberapa jam untuk menanti barang gantian sampai dan bas dibaiki. Rumit. Penulis sebagai manusia biasa, terdetik di hati kecil. Mengapa di beli tiket bas ini? Bukan ke banyak bas lain lagi? Buat pengetahuan semua, ini pertama kali penulis menaiki bas syarikat tersebut. Di awal perjalanan, penulis berasa agak teruja kerana pengalaman pertama, menggunakan perkhidmatan bas yang baru pertama kali dicuba, tambahan pula bas ini menggunakan laluan yang lain daripada bas yang biasa penulis naiki. Bila direnung kembali, perjalanan menaiki bas ini sebenarnya membuka ruang untuk penulis berkongsi sedikit dengan apa yang dilalui serta menguji kesabaran. Takdir membawa aku untuk menulis. Idea untuk mencoret sesuatu, rezeki dari Allah yang tak terduga oleh akal ini.

Bila bercerita tentang bas dan diri penulis, sebenarnya penulis gemar berimaginasi dan membiarkan jiwa menerawang entah ke mana saat bas memulakan perjalanan. Sedar atau tidak, begitu ramai orang lain yang turut mengelamun saat menaiki bas. Tak percaya, cuba anda luangkan sedikit masa untuk memerhati keadaan penumpang sekeliling jika berpeluang menaiki bas. Rata-rata penumpang yang tidak tidur atau berbual, pasti termenung jauh, entah apa di fikiran. Wallahu a'lam.

Penulis. Bas. Imaginasi.

Penulis pernah berimaginasi dan berharap bas yang dinaiki rosak dan punya peluang bertemu gadis impian, berkenalan dan akhirnya bahagia bersama. Nah, sekarang rasakan. Bas rosak, ada. Bertemu gadis impian? Hanya ada seorang gadis dalam bas ini, dan kami berbual sedikit. Tapi dia bukanlah gadis yang diimpikan. Akhirnya, penulis habiskan masa berbual-bual dengan beberapa mat indon. Haha. Itu satu cerita. Antara yang diimaginasikan dan betul-betul terjadi.

Satu lagi cerita tentang imaginasi .Penulis pernah dan selalu berimaginasi, terutama jika duduk di kerusi berdekatan pintu kecemasan dan gadis idaman ada di dalam bas yang sama. Heh, gadis idaman lagi. Penulis berimaginasi, andai bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan. Penulis yang berada berdekatan pintu kecemasan pasti akan dapat melolos keluar seterusnya menyelamatkan gadis impian. Wah, mahu jadi hero. Hakikatnya, kemalangan yang banyak berlaku, tidak memungkinkan semua itu.

Itu sekadar imaginasi. Harap takkan terjadi. Nauzubillah.

Moga kita diredhai Allah.

Saturday, November 6, 2010

Ragam Manusia- Bingkisan dari jauhnya perjalanan


 

Ini kisah aku,

Bingkisan dari jauhnya perjalanan,

Sesekali merenung ke luar,

Bukit-bukau menghiasi pandangan.

Aku suka melihat gunung nan tinggi,

Tetapi aku mahu berada di pantai.

Meski aku mampu, aku tak sanggup.

Aku impikan sesuatu yang indah,

Tetapi aku mahu sesuatu yang baik.

Telatah manusia-manusia itu,

Aku tak bisa mengerti,

Walau sedalam mana kudekati.

Maha Suci Allah,

Kau jadikan manusia berbagai ragam.

Punya persamaan dalam perbezaan,

Punya persefahaman dalam percanggahan.

Punya aturan sendiri.

Aku. Manusia. Hidup.

-Lebuhraya Karak, 2 Oktober 2010: 7.25 pm-

Wednesday, November 3, 2010

Ragam Manusia - Usia.

Tahun 2010. Penulis telah meninggalkan usia belasan, menginjak ke usia yang sesetengah manusia fikir sebagai alam dewasa. Penulis terdetik hati, dengan usia sebegini, sesuatu perlu dilakukan, menjadi dewasa. Cukuplah belajar secara teori. Kini tiba masa menjadi dewasa secara praktikal. Punya tanggungjawab, berfikir dan merancang masa depan, serta berhenti berfoya-foya berlebihan seperti anak muda remaja. Memikirkan usia kita pada masa kini,sebagai pemuda. Cuba bandingkan dengan beberapa pemuda lain pada zaman Rasulullah. Apa pencapaian mereka. Tahap mereka. Kita masih lagi jauh. Ada yang belum memulakan langkah lagi.

Malu.

Ya, bila difikirkan, amat memalukan diri sendiri. Pada usia sama seperti mereka, pemuda masa kini masih lagi lemah, masih mencari, malah lebih teruk masih tidak mengerti.

Pemuda. Kita adalah golongan penggerak. Dahulu, pemuda-pemudi di universiti digeruni kerajaan. Istilah yang tepat adalah mahasiswa-mahasiswi. Suara golongan ini didengari. Malah, menjadi sasaran sebagai agen menyebarkan ideologi-ideologi. Kuasa mereka digeruni. Masyarakat memandang tinggi. Kini tidak lagi. Mahasiswa-mahasiswi tidak ubah seperti robot; belajar, lulus, bekerja. Melalui kitaran yang sama. Tiada perubahan ke arah kemajuan. Undang-undang jumud ciptaan manusia, serta peluru-peluru senjata pemikiran daripada musuh Islam merosakkan golongan harapan kita. Mengekang kita.

Merosakkan. Bukan memusnahkan.

Merosakkan lebih parah kerana kita sangka ia masih elok, sedangkan dalam diam virus penyakit disebarkan. Menjadi bom jangka yang pasti meledak dan mengorbankan lebih ramai mangsa.

Ini situasi sekarang. Zaman millennium, tanpa sempadan. Pemuda hilang arah dan leka.

Di mana usia kita digunakan?

Soalan ini pasti akan ditanya. Mahu jawab apa?

    Main 'game'. Baca komik. Tengok wayang. Bercinta dan kecewa. Belajar. Cari kerja. Berpersatuan. Berdakwah. Mencari Illahi.

...

Jawab. Kita jawab dan simpan jawapan sendiri. Itu pilihan peribadi. Penulis tidak melarang anda untuk tidak melakukan semua itu. Kita manusia biasa.

Cuma, berpada-padalah. Peringatan buat diri sendiri dan semua. Kita di awal usia dewasa, perlu bijak merancang.

    "Orang yang gagal merancang, bermakna merancang untuk gagal."

Itu adalah sebuah pepatah yang ramai pernah dengar. Berapa ramai menghayatinya, Allah lebih tahu.

Usia tidak akan menunggu kita atau berpatah balik. Bahkan kita yang perlu mengejar masa dan usia. Kadang kala terdetik juga di hati, betapa usia mementingkan diri sendiri. Rumit bunyinya. Usia tidak pernah mempedulikan kita andai kita leka dan terus asyik dengan mainan fantasi buatan sendiri. Kita sendiri perlu bangkit dari mimpi, meski kita mengatakan kita tidak tidur, sebenarnya kita masih bermimpi andai kita masih berada di kepompong sendiri, tanpa memikirkan sedikitpun masalah umat, masa depan sendiri dan polemik di bumi sendiri.

Penulisan kali ini, cuma cetusan rasa yang terdetik saat berada di khalayak awam. Memandang manusia lain. Meneliti umur. Menduga masa silam. Meneka amalan. Berimaginasi tentang diri sendiri. Mengembara ke masa hadapan. Bagaimana diri ini sepuluh tahun akan datang. Dua puluh tahun. Tiga puluh tahun. Dan seterusnya. Apa mungkin ada sesalan? Sekadar berpuas hati? Atau boleh tersenyum sendiri saat Izrail menjemput?

Semuanya bertitik tolak di sini. Akhir usia remaja. Awal dewasa. Lakukan berubah. Kita perlu menghadapinya.

Kata orang putih, " By hook or by crook, we must face the change. Because the only thing that never change in this world is change".

            Perkara yang tidak pernah berubah dalam dunia ini adalah perubahan.

Kita, manusia. Golongan muda sebagai agen perubahan. Kita mampu mengubah masyarakat, andai kita mahu berubah ke arah yang lebih baik. Siapa yang tidak mahu dunia yang lebih baik untuk didiami.

Gunakan usia sebaiknya. Jangan dihiasi dengan perkara sia-sia. Juga terus leka dengan buaian fantasi ciptaan imaginasi sendiri. Semua ini peringatan buat diri sendiri dan semua, khususnya pemuda.

Moga kita diredhai Allah.

    

Sunday, October 31, 2010

Sang Murabbi...mencari spirit yang hilang

Selayaknya bagi jiwa-jiwa yang menajamkan dirinya di jalan ini,

Menjadikan dakwah sebagai lagu utama,

Dialah fasi,

Dialah misi,

Dialah obsesi,

Dialah yang mengelayuti di setiap desah nafas,

Dialah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada ridho dan maghfirah Tuhannya kelak.

Dipetik daripada pembukaan lagu Sang Murabbi oleh Izzatul Islam.


 

Filem ini, sekali lagi menjadi perhatian penulis untuk mengulas sedikit, kerana jalan ceritanya yang digarap daripada kisah hidup Allahyarham KH Rahmat Abdullah amat sarat dengan pengajaran. Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit perkara-perkara yang boleh diambil sebagai pengajaran daripada filem ini.

Antaranya, saat beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Beliau terpaksa menolak tawaran untuk ke Mesir, atas beberapa masalah. Namun, medan dakwah itu luas, dan berdakwah lah kita walau di mana kita berada, begitulah pesan Ustadz beliau...

Kemudian, ketika beliau menasihati adiknya... "Ini, kandang ayam buat mu, jangan ayam saja kamu kandangi, kandang jua nafsumu...", pesan Ustadz Rahmat kepada adiknya yang berlaga ayam.Beliau juga pesan kepada adikknya,

    2 perkara perlu kita ingat: Kebaikan orang lain terhadap kita, dan keburukan kita terhadap orang lain.

    2 perkara perlu kita lupa: Keburukan orang lain terhadap kita, kebaikan kita terhadap orang lain.

Begitu, antara pesanan yang boleh kita ambil sebagai pengajaran. Sebenarnya banyak lagi, tetapi terlalu banyak. Penulis cadangkan, anda tonton sendiri, lebih daripada sekali untuk menangkap isi pengajaran yang terselit di dalam cerita ini.

Penulis sebenarnya lebih tertarik pada monolog-monolog pencerita yang terdapat diantara plot cerita yang dihidangkan. Beberapa monolog sempat penulis salin semula, kerana bila dibaca, rasanya penghayatan lebih menusuk berbanding mendengar daripada filem.


 

"Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah. Jika ujian, cubaan yang diberikan oleh Allah hanya yang mudah-mudah saja, tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Disitulah letak hikmahnya, yakni bagi seorang daie harus sungguh-sunguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidak sungguhan, azam yang lemah,dan pengorbanan yang sedikit..."


 


 

"Sungguh kemanusiaan terkapar, siapa yang mengaku bertanggungjawab. Bila semua pihak menghindar, biarlah saya menanggungnya, semua atau sebahagiannya. Saya harus mengambil alih tanggungjawab ini, dengan kesedihan yang sungguh seperti saya menangisinya saat pertama kali menginjakkan kaki di mata air peradaban moderan ini."


 


 

" Di antara sekian jenis kemiskinan, yang paling memprihatinkan adalah kemiskinan azam dan tekad. Bukan kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa kepada kebankruptan dari segi harta. Azam dan kemahuan yang kuat kelak akan membuat kita berilmu dan kaya. Tidak mungkin seseorang bisa keluar dari kejahilan dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras."


 

Setakat ini, penulis tidak berpeluang untuk menulis semuanya. Hanya sedikit, buat perkongsian kita. Juga sebagai pandangan kasar pengajaran yang boleh di ceduk daripada filem berkualiti ini. Maaf ya, tapi saranan saya sebagai insan yang baru terjun ke medan dakwah ini, buat sesiapa yang ingin berdakwah, telah berada di jalan dakwah atau mahu mengenali dunia dakwah, perlu menonton filem ini dengan penuh penghayatan. Mudah-mudahan Allah menguatkan semangat kita untuk terus berada di jalan-Nya, berdakwah. Insya Allah. Islam pasti bangkit!

Moga kita diredhai Allah.

Saturday, October 30, 2010

Sang Murabbi- Filem Mesti Tonton!

Alhamdulillah...diberi sedikit masa lapang untuk menonton filem Sang Murabbi, yang berkisarkan perjuangan seorang pendidik di bumi Indonesia. Bagi yang belum pernah menonton filem ini, sinopsisnya lebih kurang begini. Penulis ambil dari internet juga, kerana khuatir synopsis yang tidak tepat.

Sinopsis:

Film ini berkisah tentang perjalanan dakwah Ustadz Rahmat Abdullah. Berawal dari persepsi positif Ustadz Rahmat muda tentang profesi guru, yang merupakan rekfleksi cita-citanya saat masih duduk di bangku sekolah dasar. Setiap kali ditanya orang, apa cita-citanya, ia akan menjawab dengan mantap: menjadi guru!

Persepsi itu kemudian menjadi elan vital yang menggerakkan seluruh energi hidup Ustadz Rahmat, ketika ia menimba ilmu di pesantren Asy Syafiiyah di bawah asuhan KH Abdullah Syafii. Bakat besar dan pemikirannya yang brilian, menjadikan Ustadz Rahmat dikagumi oleh setiap orang, terutama gurunya, KH Abdullah Syafii, yang menjadikan Ustad Rahmat muda sebagai murid kesayangannya.

Ustadz Rahmat muda mulai merintis kariernya sebagai guru selulus dari Asy Syafiiyah. Selain di almamaternya, ia juga mengajar di sekolah dasar Islam lainnya di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan. Perjalanan karier yang dipilihnya itu kemudian mempertemukannya dengan guru keduanya, Ustadz Bakir Said Abduh yang mengelola Rumah Pendidikan Islam (RPI). Melalui ustadz lulusan pergururan tinggi di Mesir itu, Ustadz Rahmat banyak membaca buku-buku karya ulama Ikhwanul Muslimin, salah satunya adalah buku Da'watuna (Hasan Al-Bana) yang kemudian ia terjemahankan menjadi Dakwah Kami Kemarin dan Hari Ini (Pustaka Amanah).

Situasi ini, membuat potensi bakat Ustadz Rahmat Abdullah melejit dengan banyaknya referensi bacaan yang ia konsumsi, mulai dari kitab Arab klasik yang sudah sulit dicari, sampai buku-buku sastra dan budaya. Ia pun dikenal sebagai dai yang lengkap, karena tidak cuma menguasai ilmu-ilmu Islam yang "standard" tetapi juga persoalan-persoalan kontemporer.

Potret paripurna kedaian Ustadz Rahmat terlihat ketika ia membina para pemuda di lingkungan rumahnya di kawasan Kuningan. Ustadz Rahmat menggunakan pendekatan yang masih sangat langka di kalangan dai, yaitu dengan grup teater yang didirikannya. Para pemuda itu diasuhnya dalam organisasi bernama Pemuda Raudhatul Falah (PARAF) yang menghidupkan masjid Raudhatul Falah di bilangan Kuningan dengan kegiatan-kegiatan keislaman.

Pementasan grup teater binaan Ustadz Rahmat muda itu mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Salah satunya adalah pementasan berjudul Perang Yarmuk. Pada pementasan inilah, Ustadz Rahmat dan para pemuda PARAF harus berhadapan dengan aparat yang mencoba membubarkan pementasan.

Akibat pementasan itu, Ustadz Rahmat dikenai wajib lapor. Tapi, hingga hari ini, Ustadz Rahmat tidak pernah mau meladeni aturan yang menindas kebebasan itu.

"Saya tidak akan pernah datang ke kantor kalian," kata Ustadz Rahmat kepada Suryo, seorang aparat yang bertugas menyatroninya. "Kalau ibu saya yang memanggil, baru saya mau datang."

Keteguhan pada prinsip dan ketegasan sikapnya itulah yang membuat Suryo ngeper. Hingga bertahun kemudian keteguhan dan ketegasan itu tetap terpelihara dengan baik, meski Almarhum harus terlibat dalam wasilah (sarana) dakwah bernama partai. Ia tetap dikenal sebagai guru ngaji, inspirator kaum muda yang progresif dan berpikiran jauh ke depan. Undangan daurah satu ke daurah yang lain tetap disambanginya. Tak ada yang berubah, termasuk ciri khas yang menjadi warisan dari kedua orang tuanya yang mulia: kesederhanaan.

Ustadz Rahmat memang berada di jenjang tertinggi partai, serta terpilih pula sebagai wakil rakyat di DPR pusat. Namun, ia kerap dipergoki sedang menyetop bus kota untuk mendatangi sebuah undangan. Ia kerap terlihat jalan kaki untuk jarak yang cukup jauh. Tak ada yang berubah, karena ia sadar betul bahwa langkah itulah yang dimulainya dulu sebagai permulaan di jalan dakwah.

Hingga akhirnya, di sebuah hari yang sibuk dan berat, Ustadz Rahmat merasakah tanda-tanda kesehatannya terganggu. Namun, rasa tanggung jawabnya yang besar terhadap amanah dakwah, membuat ia tak begitu mempedulikan tanda-tanda itu.

Ia masih terlibat dalam sebuah syuro penting. Lalu, saat adzan berkumandang dan ia beranjak untuk memenuhi panggilan suci itu, ia berjalan ke tempat wudhu. Saat berwudhu, tanda-tanda itu makin kuat, menelikung pembuluh darah di bagian lehernya. Ia coba untuk menyempurnakan wudhunya, tapi rasa sakit yang merejam-rejam kepalanya membuatnya limbung.

Disaksikan oleh Ustadz Mahfudzi, salah seorang muridnya, Ustadz Rahmat nyaris terjatuh. Ustadz Mahfudzi cepat memapahnya, lalu mencoba menyelamatkan situasi. Tetapi Allah lebih sayang kepada Ustadz Rahmat Abdullah. Innalillahi wa innailaihi raaji'uun...Syaikhut Tarbiyah itu meninggalkan kita dengan senyum yang amat tulus...hujan air mata dari seluruh pelosok tempat mengiringi kepulangan beliau.


 

Begitulah ceritanya...hehe(macam aku lak yang tulis.).

Apa yang penulis mahu kongsikan, penulis amat tertarik dengan perwatakan ustadz Rahmat Abdullah sewaktu muda. Beliau megenakan jaket jeans, bertopi, dan menunggang motosikal seperti seorang 'mat motor', tetapi ilmunya banyak, kata-katanya berhikmah, malah disegani oleh teman-teman yang 'nakal'. Ini dilihat dalam babak beliau mengajak teman-teman yang sedang sembunyi-sembunyi minum arak ke majlis ilmu dengan hikmah.

Antara babak lain yang penulis tersentuh, ketika beliau berada di rumah, dan seorang pelanggan kepada saudara lelaki beliau(saudaranya itu berniaga di rumah) mengatakan bahawa nabi pernah tidak tepat dalam membuat janji. Beliau yang terdengar penyataan itu, langsung terus bangkit dan campur tangan. Betapa beliau menyanjungi para nabi dan rasul terdahulu, itulah umat yang kita harapkan, begitu sensitive terhadap penghinaan nabi, walau sedikit.

Satu lagi babak, ketika seorang polis(mata-mata) datang menghantar surat tanpa adab, beliau berjaya 'menundukkan ' polis tersebut yang ternyata sebelum ini membenci dan mempunyai persepsi negative terhadap beliau.

Secara keseluruhan, penulis dapat lihat apa yang ditonjolkan dalam filem tersebut, jalan dakwah itu penuh duri, dan tiada rehat. Benar. Dan kita perlu istiqamah selalu. Moga thabat dan tabah!

Sebenarnya, banyak yang boleh kita kongsikan, kerana banyak kata-kata hikmah yang boleh membawa kita untuk berfikir sejenak dalam filem tersebut. Lain kali, kita kongsikan lagi ya! Insya Allah, mudah-mudahan...

Moga kita diredhai Allah...

Friday, October 22, 2010

Ragam Manusia - Ego

Ego. Suatu sifat manusia itu sendiri. Namun, perkara ini berbeza mengikut individu masing-masing. Ada yang bijak mengawal dan memanipulasi ego dalam diri, malah ada juga yang diperkudakan oleh ego sendiri.

    Realitinya, penulis berpendapat manusia yang cetek pemikiran, juga tidak bersikap atau berpandangan terbuka, punya ego yang lebih tinggi. Manusia ini merasakan mereka adalah mereka,sukar menerima perubahan dan sebarang teguran akan diterima secara defensif atau mungkin ditolak bulat-bulat. Kita semua punya ego tersendiri. Malah, catatan ini ditulis juga kerana ego penulis (Wah, angkuh bunyinya ya.).

    Dalam hidup ini, penulis banyak melihat tingkah laku yang disebabkan oleh ego, rata-ratanya lebih ditonjolkan lelaki. Pantang dicabar, pantang ditegur dan segala berkaitan kelelakian adalah ego lelaki. Jika anda tidak percaya, mungkin anda boleh melakukan sedikit eksperimen, caranya;

  1. Pilih seorang teman sama ada lelaki atau perempuan (lebih baik lelaki).
  2. Duduk dalam situasi yang selesa. Cth: minum di kafe@ menonton filem.
  3. Ajak teman anda berbincang tentang sesuatu pendapat.
  4. Anda perlu utarakan pendapat yang bertentangan,
  5. Atau beri nasihat tentang sesuatu yang teman anda rasakan dia sudah tahu, cth: Nasihat tentang aspek pengurusan kewangan sedangkan beliau adalah penasihat kewangan, sebagai contoh.
  6. Anda perlu bersikap provokatif, kerana mindanya akan kurang rasional ketika marah.
  7. Perhatikan reaksi teman anda.
  8. Eksperimen tamat. Renungkan hasilnya untuk muhasabah diri.
Ramalan Analisis :

  1. Ego yang tinggi.
  • Subjek(teman anda) mungkin akan berasa tersinggung, dan bertindak secara defensif. Jika anda mengutarakan pendapat yang berbeza, pendapat anda akan ditolak sepenuhnya. Jika anda memberi nasihat, ia juga ditolak, atau respons yang defensive, atau jawapannya berbunyi begini' " Ah, aku tahulah." atau " Habis, selama ini aku tak macam tu ke?"

     
  1. Ego yang rendah.
  • Subjek mungkin menunjukkan sedikit penolakan, tetapi terdapat juga respons seperti mahu menerima. Subjek mungkin mengambil jalan mengalah, atau mengiyakan nasihat anda. Pendapat yang berbeza juga akan diberi peluang untuk dinilai atau mungkin terdapat rundingan tentang pendapat tersebut.
Perhatian: Eksperimen ini bergantung pada individu, kerana manusia itu ciptaan Tuhan Maha Bijaksana. Mungkin berkesan kepada manusia yang bersikap stereotaip.

Sejauh mana ego anda?

Ego merupakan sifat dalaman manusia. Setakat yang penulis maklum, tiada parameter tertentu yang boleh memberi penilaian tentang ego. Tetapi, sebagai manusia biasa, kita boleh melihat secara luar biasa jika kita luangkan sedikit masa untuk memahami manusia. Memahami manusia sedikit sebanyak membolehkan kita lebih mengenal diri sendiri. Kebolehan mengenal diri sendiri amat penting sebagai salah satu aspek membina kejayaan. Apabila kita boleh melihat pantulan cermin diri kita, sebarang kelemahan boleh dilihat dengan jelas, dan kita berupaya membetulkannya atau berusaha menerimanya.

Mudah-mudahan kita diredhai-Nya dan dihindari dosa. Ampunkanlah dosa-dosa kami, Ya Rabb.

Ragam Manusia - Permulaan.

Hidup ini singkat. Itu kata sesetengah orang. Betul, tidak dinafikan, dan seorang kawan pernah berkata,
    " Dunia ini memerlukan bermacam jenis manusia untuk menjadikannya bulat ".
Itu kata-kata yang sering diungkapkan, katanya dipetik daripada sebuah komik Jepun. Jadi, hidup ini singkat, dan dunia ini dihuni oleh bermacam jenis manusia. Sejak membaca beberapa jenis buku tentang motivasi dan kekayaan, penulis menjadi agak bersemangat dan perasaan berkobar-kobar, untuk mengubah persepsi teman-teman terhadap dunia. Biasalah, darah muda kata orang. Dengan harapan supaya kami mempunyai cara berfikir yang sama, penulis selalu mengajak teman-teman yang dirasakan berpotensi untuk berkongsi pemikiran dan sudut pandangan yang sama. Malangnya, masih ramai tidak dapat menerima, atau mungkin cara pendekatan yang terlalu menekan. Sehinggalah...

Suatu hari, penulis berbincang bersama seorang teman yang amat berpotensi. Beliau punya ingatan yang kuat,punya pengetahuan am yang tidak kurang hebatnya, otaknya cepat menangkap sesuatu isi, malah punya ciri-ciri seorang genius. He is gifted. Itu ayat orang putihnya. Aduh, kalau dilatih untuk meningkatkan kredibilitinya, betapa beruntungnya kerana beliau punya asas pembangunan diri yang kukuh. Penulis selalu menguji, terkadang meminta pendapat dengan harapan merangsang minda beliau serta menimba sedikit sebanyak ilmu beliau. Tetapi, kami punya pandangan yang berbeza tentang kehidupan, dan beliau menang tentang perkara tersebut. Beliau adalah orang yang menyatakan dialog di atas. Terima kasih saudaraku!
Mengapa berterima kasih???

    Kerana baru penulis tersedar, kita tidak boleh memaksa orang lain menjadi seperti apa yang kita mahu. Rasionalnya, setiap manusia punya tugas dan tanggungjawab sendiri. Ada yang selesa bekerja sendiri, ada yang selesa bekerja makan gaji. Biarlah, ikutlah apa yang kamu suka, dan kamu juga menguntungkan pada hakikatnya.

Manusia...

Ragamnya beraneka rupa,

Ada serupa tapi tak sama.

    Ini adalah permulaan. Selepas ini, kita akan berbicara sedikit tentang kerenah manusia. Moga kita diredhai-Nya.

Wednesday, October 20, 2010

Maha Melihat- Opick ft Amanda

Penyanyi: Opick
Tajuk Lirik Lagu: Maha Melihat (Feat. Amanda)

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

Komen : Lagu ini memang bagus! Bait-baitnya cukup indah dan memikat! Selamat berhibur dan bermuhasabah! Semoga Allah merahmati kita.


 

Tuesday, October 19, 2010

Pembaca mungkin hanya membaca, tetapi Penulis perlu menulis dan membaca.

Menulis.Sesuatu yang pernah ku impikan. Menjadi penulis bukanlah semudah yang disangka. Tambahan pula di zaman internet yang canggih sekarang, semua orang mahu menulis, dan rencah penulisan juga berbagai. Perubahan zaman mendorong kita untuk berubah. Dahulu, bidang penulisan merupakan medan bagi para cendekiawan melontar idea-idea serta mengetengahkan perjuangan mereka. Dengan bersenjatakan pena, tarian tinta mereka begitu ampuh untuk menentang lawan.
    Itu cerita dulu...Kini,cukup berbeza. Rencah tulisan menjadi pelbagai, dengan sokongan media elektronik, semua orang bisa menulis buah fikiran masing-masing. Ada yang menyentuh isu hiburan, kekeluargaan, sukan, politik, keagamaan, akademik, malah terdapat juga yang menjaja cerita orang lain atau secara ringkasnya; gosip. Penulisan zaman ini, begitu rancak jika diintai ke dalam dunia penulisan blog. Begitu ramai menjadi penulis blog seterusnya melahirkan bermacam ragam penulisan, dihiasi lenggok bahasa yang berbagai. Masing-masing punya peminat tersendiri. Masakan tidak, ramai juga yang buat duit dengan hanya menulis blog. Selalunya, bayaran diperolehi kerana iklan yang ditampilkan di blog, berdasarkan jumlah pengunjung yang berkunjung ke laman tersebut. Inilah buktinya, blog tersebut punya peminat tersendiri.
    Masih diingat sewaktu zaman persekolahan dahulu, Nisah Haron, seorang penulis yang hebat, pernah bertanya kepada kami semasa beliau memberi ceramah berkenaan penulisan. Beliau menduga kami, " Apa yang kamu perlu buat sebelum menulis?"
Jawapannya cukup mudah, namun seorang pun tidak dapat menjawab.
    Sambungnya lagi, selepas kami terpinga-pinga kerana kebuntuan, " Apa yang kamu perlu buat sebelum menulis, pertama;membaca, kedua; membaca, dan ketiga; membaca."
Ya, membaca sangat penting, bertujuan menambah pengetahuan kita, meningkatkan kreativiti seseorang penulis untuk menyulam butir kata menjadi rampaian yang enak dinikmati kerana bahasa yang diolah.
    Sebagai seorang yang beragama, kita perlu merujuk kepada agama, ternyata dan telah diketahui umum bahawa wahyu Rasulullah S.A.W. yang pertama juga menyuruh kita untuk membaca. Subhanallah... begitulah jika dikaitkan dengan Al-Quran, kitab panduan kita juga sebagai manual bagi mesin tercanggih, iaitu manusia.
    Menyentuh kaitan tentang pembacaan dan penulisan, sememangnya dua elemen ini sangat penting dan pastinya berkait rapat. Apa yang dibaca oleh seseorang penulis akan turut mempengaruhi penulisannya.
Mengapa?
    Secara logiknya, apa yang ditulis adalah penterjemahan daripada otak, luahan hati dan faktanya berpandukan pengetahuan yang selalunya bermodalkan pembacaan. Begitulah sepatutnya...
Catatan kali ini cuma sedikit bingkisan dari sebuah kehidupan. Sekadar berkongsi. Juga latihan kepada penulis untuk menulis. Moga kita dirahmati Tuhan.

Monday, October 11, 2010

Gila. Persepsi, memori dan terapi.

Gila. Betul-betul gila! Aku semakin gila sejak akhir-akhir ini. Gilakan seseorang, gila nak jadi kaya, gila pada minat yang pernah mekar di hati; minat menulis, dan aku semakin gila membaca sesuatu yang mustahil akan keluar dalam kertas peperiksaan(buku-buku tentang kekayaan dan bisnes, jarang kenalan sebaya berkongsi minat ini bersamaku). Kegilaan ini kadang-kala(rasanya selalu) buat hidupku tak terurus.


          Bila difikirkan tentang kegilaan ini, aku teringat syarahan yang disampaikan oleh Pak Ngah aku semasa Hari Raya yang lepas. Pak Ngah aku memang suka menyampaikan nasihat dalam bentuk syarahan ,selalunya selama sejam atau lebih, terutama kepada sanak saudara. Kata Pak Ngah ketika mengakhiri syarahan, itu hobi barunya.


          Berbalik pada kisah gila, aku tertarik pada salah satu isi syarahan spontannya, tentang kejayaan beliau. Beliau seorang yang amat gigih berusaha, dan perkara ini dapat aku saksikan sendiri disokong pula oleh cerita-cerita daripada arwah nenek.


                                     “...Aku ni gila. Dulu aku nak kahwin dengan Mak Ngah kau ni, tapi orang semua cakap aku gila. Mak Ngah kau anak orang kaya,aku orang susah. Tapi aku ni gila, aku tak kisah. Aku pergi jumpa ayah dia. Nah, aku dapat kahwin dengan anak orang kaya. Kau tak gila, tak dapat lah...”

Lebih kurang begitulah kata-kata Pak Ngah...
            Kemudian, Pak Ngah terus mengulas dengan beberapa contoh pengalaman hidupnya. Betapa keinginannya menyuburkan kegilaannya. Pada hemahku, beliau mungkin mahu sanak saudara mencontohi kegigihan dan keazaman beliau. Namun, menafsirkan keazamannya yang tinggi dengan kegilaan berbunyi agak ekstrem. Secara peribadi, aku sukakannya. Menaikkan adrenalin.
Demikian sedikit cerita tentang gila. Setiap kali aku rasa seperti tergila-gilakan sesuatu, atau tertekan sampai rasa nak gila(sebenarnya tidak teruk sangat), aku akan teringat kata-kata Pak Ngah,


                  “ Aku ni gila...”


                                                                              ***


Gila. Jiwa kacau.
                          Ubatnya, Tuhan.
Tuhan.
Jika kita mengingati-Nya, hati akan tenang.
Maha Suci Allah. Segala Puji Bagi Allah. Tiada Tuhan Selain Allah. Allah Maha Besar.

                        “Aku rasa nak gila. Aku rasa aku ni gila.”


Kenapa?


                         “ Aku tak tahu kenapa.”


Nampaknya kau perlu terapi hati. Jika kita mengingati-Nya, hati akan tenang. Moga kita dirahmati-Nya.

Sunday, October 10, 2010

Bebaskan Palestin, boikot Yahudi laknatullah!!!



“ Bagi aku, boikot ni sesuatu yang tak adil.” 
          Kata seorang kawan semasa kami berbual-bual tentang boikot dan pendirian masing-masing tentang isu ini. Bila bercerita tentang boikot, penulis teringat, perkara pertama yang diboikot suatu masa dahulu adalah kafe semasa di sekolah.  Pelajar senior merancang dan meminta kami memboikot kafe tersebut sebagai tindakan  untuk memberi pengajaran kepada pihak kafe yang tidak mengambil berat soal kebersihan, padahal dalam sektor penyediaan makanan , kebersihan adalah antara prioriti utama. Hasil daripada tindakan kami, iaitu semua pelajar memboikot kafe tersebut selama satu hari, berjaya membuka mata pihak kafe tersebut untuk lebih menjaga soal kebersihan. Walaubagaimanapun, pihak yang merancang boikot tersebut, iaitu sekumpulan pelajar senior telah diberi amaran oleh pihak pengurusan sekolah selepas peristiwa itu. Begitulah ceritanya berakhir...
Apa motif cerita ni?
Daripada pengalaman memboikot ini, secara umumnya penulis berpendapat, teknik memboikot ini merupakan antara langkah yang efektif bagi memberi pengajaran kepada sesebuah organisasi. Tetapi, untuk merealisasikan tujuan boikot tersebut, beberapa factor perlu diambil kira;
  •  Sokongan daripada semua lapisan individu.
  •  Jangka masa boikot.
  •  Kesan yang dijangkakan daripada pemboikotan tersebut.
         Dalam konteks catatan yang dibincangkan ini, berkaitan memboikot produk Yahudi laknatullah, masyarakat kita diseru supaya memboikot secara terpilih produk Yahudi laknatullah dan mereka yang bersekongkol memerangi Islam.  Tujuan saranan untuk memboikot secara terpilih produk Yahudi laknatullah dan mereka yang bersekongkol memerangi Islam adalah untuk melumpuhkan ekonomi mereka, walau kita sedia maklum, Yahudi dan kroni-kroninya merupakan antara kuasa besar yang menguasai ekonomi dunia. Tetapi, kita perlu ingat bahawa Allah melihat pada USAHA kita, bukan hasilnya. Yang penting kita berusaha, seperti kata seorang aktivis, setitis air tidak dapat memberi kesan kepada air laut, tetapi tanpa setitis air, air laut tidak akan wujud. Betapa di sini ingin ditekankan bahawa peranan setiap individu. Ya, peranan masyarakat kita bermula dengan setiap individu yang bertanggungjawab dan peka dengan permasalahan ummah!
          Berbalik semula tentang langkah boikot yang telah disarankan, tindakan ini, pada awalnya mendapat sambutan yang amat memberansangkan, apabila banyak risalah-risalah disebarkan bagi tujuan penyampaian maklumat. Setiap kenderaan di jalanan menampal pelekat memboikot barangan Yahudi dan sekutunya. Malang sekali, semakin lama, masyarakat seakan-akan tidak merasa apa-apa. Ramai yang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk terus memboikot barangan tersebut. Mereka tidak sanggup untuk terus memboikot dan memberi alasan. Kesannya, industri Yahudi dan sekutunya tidak terjejas, malahan mendapat publisiti percuma.
         Saat catatan ini ditulis, masyarakat kita masih hanyut, dan tak mampu untuk memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutunya. Adakah kita masih lemah? Masing-masing punya jawapan sendiri.
Menyentuh isu boikot, tindakan ini pasti akan berjaya, sekiranya setiap individu Muslim khususnya, memainkan peranan, teguh dalam prinsip; memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutunya selagi terdaya, sanggup berkorban sedikit jika tiada alternatif lain, dan sanggup memboikot sehingga memberi kesan, bukan sekadar bermusim.

          Justeru, marilah kita sama-sama bangkit, memboikot selagi termampu, berhenti mencari dan memberi alasan, teguh dalam berprinsip!

Ayuh saudara-saudaraku!
Bangkitlah!
Bangkitlah!
Bangkitlah!

iklan penaja






“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi ini.”
(QS al-Baqarah: 168)


        HPA...
                       " Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida."


dipetik daripada laman web rasmi HPA, http://www.hpa.com.my/


               Ini adalah sedikit pengenalan bagi syarikat ini. Tapi, kenapa berjihad bersama HPA? Kerana ini adalah syarikat bumiputera yang menjadi alternatif kepada produk yang kita MESTI BOIKOT. huh?! boikot pula? Ya. HPA menawarkan lebih daripada 300 produk dengan harapan masyarakat kita punya alternatif lain selepas Coca-Cola dan Mc Donald di boikot. Selain Coca-Cola dan Mc Donald, banyak lagi yang disarankan oleh NGO-NGO yang mengambil berat. Anda boleh lihat di sini.


oh, cerita tentang boikot rupanya....ni nak suruh boikot apa pula? KENAPA nak boikot??? baiklah, cerita pasal boikot, nanti kita cerita lagi.
                                              





                               PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


 ceritera HPA selanjutnya...